ARTIKEL

A photograph taken in Moscow on March 23, 2024, shows the flag of Russia flying at half-mast on top of the Council of the Federation building, a after a gun attack on the Crocus City Hall in Krasnogorsk. Camouflaged assailants opened fire at the packed Crocus City Hall in Moscow's northern suburb of Krasnogorsk on March 22, 2024, evening ahead of a concert by Soviet-era rock band Piknik in the deadliest attack in Russia for at least a decade. Russia on March 23, 2024, said it had arrested 11 people - including four gunmen - over the attack on a Moscow concert hall claimed by Islamic State, as the death toll rose to 133 people. (Photo by TATYANA MAKEYEVA / AFP)

Rusia perkenal langkah tambahan antikeganasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Tiada sesiapa yang dapat mewujudkan perpecahan dalam masyarakat multinasional Rusia, kata Presiden Vladimir Putin susulan serangan pengganas di lokasi konsert di Dewan Bandaraya Crocus berhampiran Moscow.

“Mereka tidak dapat menyemai benih beracun perbalahan, panik dan persengketaan dalam masyarakat multinasional kita,” kata Putin dalam ucapannya kepada rakyat negara itu, lapor Sputnik. Rusia tahu ancaman keganasan, kata presiden itu.

“Kami mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan kami dan bersedia bergabung dalam memerangi musuh, keganasan antarabangsa – dalam semua manifestasinya,” kata Putin.

Mereka yang menyerang lokasi konsert di Dewan Bandaraya Crocus berhampiran Moscow cuba melarikan diri ke Ukraine, kata presiden itu.

“Setakat ini, kami dapat katakan keempat-empat pelaku terbabit secara langsung dalam serangan pengganas itu, yang melakukan tembakan dan pembunuhan, ditemukan kemudian ditahan.

“Mereka cuba melarikan diri dan bergerak ke arah Ukraine, dan berdasarkan data awal, laluan itu disediakan oleh pihak Ukraine bagi memudahkan mereka menyeberangi sempadan negara,” kata Putin dalam ucapannya, mengesahkan 11 orang yang berkaitan dengan serangan itu sudah ditahan.

Langkah-langkah tambahan antikeganasan dan antisabotaj turut diperkenalkan di seluruh Rusia, kata Putin.

“Di Moscow dan di semua wilayah negara itu, langkah-langkah tambahan antikeganasan dan antisabotaj diperkenalkan. “Usaha ini adalah untuk mencegah dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai ini daripada melakukan jenayah baharu,” kata Putin.

Beliau dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan berdarah oleh pengganas di Dewan Bandaraya Crocus. 

“Saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam dan tulus kepada semua yang kehilangan saudara-mara dan insan tersayang.

Seluruh negara berkabung bersamasama anda,” kata presiden dalam ucapannya, menyifatkan tragedi di Dewan Bandaraya Crocus sebagai serangan berdarah dan kejam oleh pengganas yang mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Putin turut mengucapkan terima kasih kepada kru ambulans, anggota bomba dan penyelamat yang melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa orang ramai semasa dan selepas serangan pengganas itu.-Bernama-Sputnik 

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU