ARTIKEL

RUU dana kekayaan berdaulat Sarawak dibentang November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) berhubung dana kekayaan berdaulat Sarawak akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, November kelak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata perkara tersebut akan menjadi satu lagi peristiwa bersejarah untuk negeri ini.

“Justeru, kita perlu sentiasa percaya walaupun telah mempunyai akses kepada perunding, tetapi kita masih perlu belajar untuk membuat keputusan dasar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat London pada 29 Julai lalu sekali gus mempelajari dana kekayaan negara yang kaya sumber asli seperti Norway, Singapura dan pengurusan dana khusus untuk tempat-tempat dari London.

Abang Johari serta delegasi juga bertemu pegawai IFSWF dan PriceWaterhouseCoopers (PWC) di London sebagai sebahagian daripada kajian sebelum menubuhkan dana kekayaan untuk Sarawak sendiri.

Sehubungan itu, The UK Government Invest (UKVI)-membantu HM Treasury menguruskan £1.165 Trilion portfolio (pendapatan £24 bilion) dan kakitangan perkhidmatan awam kerajaan dan swasta (pinjaman selama 18-24 bulan).

“Forum Antarabangsa mengenai Dana Kekayaan Berdaulat (IFSWF) menunjukkan bahawa dari dana penjimatan berdaulat mudah kepada kepada dana kedaulatan canggih baru-baru ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha