ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi Narawi

RUU Elektrik dilulus sebulat suara, Sarawak hab tenaga boleh diperbaharui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Status Sarawak sebagai hab kuasa atau tenaga boleh diperbaharui rantau Asean semakin kukuh dengan adanya Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
 
RUU yang juga membuka lembaran baharu kepada penggiat industri tenaga itu diluluskan sebulat suara DUN Sarawak selepas bacaan ketiga oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi serta dibahas dan disokong oleh seramai 14 ADUN.
 
Menurut Julaihi, pindaan RUU itu mengukuhkan status Sarawak sebagai kuasa tenaga rantau Asia Tenggara melalui sistem grid yang membolehkan tenaga boleh diperbaharui dari negeri in dieksport ke Sabah, Brunei, Kalimantan, Singapura dan juga Semenanjung Malaysia.
 
“Peruntukan pindaan ini untuk mengukuhkan penjualan elektrik ke luar Sarawak, terutamanya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro untuknya pembangunan yang boleh dieksport ke negara jiran.
 
“Ini akan meletakkan kita sebagai kuasa tenaga boleh diperbaharui dan menyokong kemajuan Grid Kuasa Asean (APG) untuk memastikan keselamatan tenaga serantau yang lebih besar dan kelestarian atas dasar manfaat bersama,” katanya dalam bacaan ketiga pembentangan RUU Elektrik (Pindaan) 2023 pada Persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.
  
Beliau turut menjelaskan tiada keperluan untuk mewujudkan atau menubuhkan Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi kerana peranan pengawalseliaan elektrik semasa dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Elektrik kementerian.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu