PENGANJURAN Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) setiap tahun tidak pernah mengecewakan.
Tahun ini (2024) merupakan edisi ke-27, festival muzik dan kebudayaan antarabangsa ini dilangsungkan di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Kuching.
Jumlah kehadiran pengunjung sentiasa menunjukkan peningkatan saban tahun dengan lebih 20,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Dengan tema “Raikan Tahun Evolusi”, festival ini menampilkan persembahan artis tempatan dan antarabangsa termasuk penyanyi legenda negara, Datuk Zainal Abidin dan pemenang Anugerah Grammy, Kitaro dari Jepun.
Selain itu, pemain sape Sarawak, Alena Murang, kumpulan Salam Muzik, yang menyajikan persembahan bertenaga memukau serta alunan muzik menenangkan.
Sepanjang tiga hari acara tahunan dalam kalendar pelancongan dunia itu berlangsung, pelbagai program turut diadakan selain persembahan muzik.





