ARTIKEL

Ketua Pegawai Operasi Komunikasi & Media bzBee Consult Sdn Bhd (bzBee) Zalina Abdul Aziz memberikan taklimat kepada media mengenai RWMF 2025 yang bermula esok.

RWMF 2025 bermula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 membuka tirainya esok hari sehingga 22 Jun ini di Kampung Budaya Sarawak.

Dengan tema “CONNECTIONS: One Earth, One Love” yang mengangkat perpaduan budaya, muzik dan kelestarian alam sekitar, edisi kali ini menjanjikan pengalaman luar biasa dengan penyertaan 184 penghibur dari 20 negara, menampilkan 20 kumpulan muzik dalam satu perayaan merentas sempadan budaya dan geografi.

Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas RWMF 2025 termasuk The Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay (Amerika Syarikat) – legenda funk, soul dan jazz, Otyken (Siberia, Rusia) – gabungan unik nyanyian tekak tradisional Siberia dengan irama elektronik dan At Adau (Sarawak, Malaysia) – kumpulan tempatan yang mempopularkan muzik sape dengan sentuhan kontemporari.

Namun, RWMF bukan sekadar festival muzik semata-mata.

Festival ini kekal sebagai antara yang paling mesra alam di Asia – meneruskan usaha kelestarian melalui pengurusan sisa lestari, sumber etika, pendidikan iklim serta kerjasama komuniti.

Tahun ini, inisiatif hijau diperkukuh menerusi The Green Ruai — hab interaktif yang menyediakan bengkel, pameran dan aktiviti untuk mengira jejak karbon peribadi.

Menurut kenyataan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), sambutan tahun lalu berjaya menarik 26,000 pengunjung, menjadikan RWMF antara acara budaya antarabangsa paling dinanti-nantikan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,