ARTIKEL

FOKUS...Antara sebahagian petinju ketika sedang berlatih.

SABA pilih 11 petinju terbaik ke Sukma 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) hanya akan memilih 11 petinju terbaik untuk mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.

Senarai tersebut merangkumi lapan petinju lelaki dan tiga wanita.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo memberitahu proses penilaian prestasi petinju kini giat berlangsung.

Dengan kata lain, petinju yang berada dalam skuad bayangan dan terpilih menyertai kem latihan pusat ketika ini akan terus dinilai prestasi mereka di bawah pemantauan jurulatih sedia ada.

“Kita hanya akan memilih 11 petinju terbaik untuk mewakili Sarawak ke Sukma Selangor 2026.

“Setakat ini terdapat petinju yang menjalani latihan pusat dan senarai tersebut (11 orang) akan diumumkan pada pertengahan April depan,” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Rahman, senarai petinju yang ada sekarang terdiri daripada muka baharu serta petinju yang beraksi pada Sukma 2024.

“Apabila sudah diketahui senarai kesemua 11 petinju itu kelak, mereka akan diberi pendedahan menyertai beberapa kejohanan pelbagai peringkat.

“Antaranya Kejohanan Tinju Terbuka Medan, Indonesia 2026 hujung bulan depan serta Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2026 yang akan berlangsung di Miri pada bulan Mei,” tambah Rahman.

Dalam pada itu, kesemua 11 petinju berkenaan juga akan menjalani latihan di Filipina selama sebulan.

“Kita akan membawa kesemua 11 petinju itu ke Filipina untuk berlatih selama sebulan di negara jiran itu,” tegas Rahman yang turut menyatakan keberangkatan rombongan petinju dan jurulatih dijadual pada awal Julai.

Gelanggang latihan petinju di Stadium Sarawak, Petra Jaya dipindahkan ke Gelanggang Gasing, Petra Jaya.

Pemindahan pusat latihan tersebut hanya berstatus sementara berikutan kerja-kerja menaik taraf Stadium Sarawak bagi persiapan temasya Sukan SEA 2027.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai