ARTIKEL

Sabah FC tundukkan Kuching City FC 2-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SENGIT… Sabah FC berjaya mengekalkan rekod sempurna selepas menewaskan Kuching City pada saingan di Stadium Negeri, Sarawak malam tadi. Foto: GHAZALI BUJANG

KUCHING: Usaha Kuching City FC (KC FC) menyekat kemaraan pendahulu liga, Sabah FC gagal selepas kalah tipis 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, sebentar tadi.

Sekali gus menjadi kekalahan kedua The City Boys di laman sendiri selepas melalui tiga perlawanan dalam saingan Liga Malaysia.

Aksi masa pertama menunjukkan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan bertali arus namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan masing-masing.

Pasukan Kendalian Datuk Ong Kim Swee akhirnya membuka jaringan pertama  pada minit ke-24 menerusi penyerang, Saddil Ramdani selepas mudah merembat gol dari luar kotak penalti lawan.

Bek kanan Kebangsaan, Rizal Ghazali terpaksa dikeluarkan sejurus kemudian selepas dilihat mengalami kecederaan dengan digantikan oleh Jafri Firdaus Chew.

Peluang Kuching City mendapat jaringan penyamaan tidak kesampaian selepas rembatan deras penyerang licik Zahrul Nizwan sedikit tersasar melepasi palang gol.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun lebur tatkala menghampiri wisel penamat masa pertama selepas penyerang tunggal tuan rumah, Abu Kamara tidak melepaskan peluang keemasan dengan menolak mudah bola ke arah kiri gawang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim Chien Kai.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan  seri 1-1 antara kedua-dua pasukan.

Sabah kembali mendahului pada aksi kedua menerusi jaringan pemain tengah Telmo Ferreira minit ke-58 hasil hantaran lintang Jafri dari bahagian sebelah kanan padang.

Kuching seterusnya melakukan rombakan di bahagian tengah dengan memasukkan Adam Shreen dan Abdallah Sudi bagi menggantikan Mohamad Alif dan Sirojiddin Kuziev.

Turut dimasukkan, Joseph Kalang Tie, Amri Salleh menggantikan Zahrul dan Wan Mohammad Faiz.

Pasukan pelawat berjaya mengekalkan kemenangan hingga saat akhir dengan keputusan dua jaringan berbanding tuan rumah memperoleh satu gol.

Perlawanan kedua Kuching City di Stadium Negeri menyaksikan seramai 2,500 penonton hadir memberi sokongan biar pun dalam keadaan cuaca hujan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke