ARTIKEL

Pemain Negeri Sembilan FC Ameyaw Alexander Agyakwa (kanan) dan Takumi Sasuki (kiri) bersaing bagi mendapatkan bola dari pemain Sabah FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Sabah terus merudum, tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) tampil garang di laman sendiri apabila menundukkan Sabah FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi penyerang import, Jovan Motika, yang melakukan larian mengelirukan dua pertahanan pelawat sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad bimbingan Mohd Nidzam Jamil terus mengukuhkan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Ameyaw Alexander Agyakwa yang menjaringkan gol kedua hasil penyudah berkualiti, sekali gus meletakkan tuan rumah selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan Sabah cuba bangkit dengan beberapa percubaan berbahaya, namun kekuatan benteng pertahanan NSFC dapat mengekang asakan termasuk beberapa cubaan menarik daripada Adjin Mujagic dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

NSFC mendapat peluang terbaik menambah jaringan pada minit ke-64 menerusi gerakan solo Motika yang mengatasi dua pemain lawan, namun rembatannya tersasar ke luar garisan.

Skuad tuan rumah mengesahkan kemenangan menerusi gol ketiga pada minit ke-79 menerusi Joseph Esso, yang menyempurnakan hantaran kemas Mio Tsuneyasu sekali gus menggegarkan stadium yang dibanjiri lebih 20,000 penyokong.

Turut mencuri tumpuan ialah penampilan sulung pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin, yang mempamerkan aksi bertenaga dengan larian pantas serta hantaran kemas, sekali gus memperkukuh jentera serangan NSFC.

Tiga mata penuh itu melonjakkan NSFC ke tangga keempat liga dengan kutipan lapan mata, manakala Sabah terus bergelut di kedudukan ke-10 dengan hanya tiga mata. — BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih