ARTIKEL

MENYANTUNI... Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, menyampaikan sumbangan kepada bekas Pengerusi Kelab Belia Bintangor (KBB), Nur Ashikin Pohji, sambil diperhatikan tetamu yang hadir.

SABERKAS Meradong santuni bekas Pengerusi KBB dalam tempoh pemulihan kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: SABERKAS Cawangan Meradong tampil menyalurkan bantuan menerusi inisiatif SABERKAS Prihatin kepada bekas Pengerusi Kelab Belia Bintangor (KBB), Nur Ashikin Pohji yang kini sedang menjalani proses pemulihan kesihatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian usaha SABERKAS Meradong untuk terus mendampingi individu yang berdepan cabaran, khususnya mereka yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada masyarakat.

Katanya, ia bukan sekadar sumbangan material, sebaliknya menjadi tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada Nur Ashikin dan keluarganya dalam menghadapi tempoh pemulihan yang sedang dilalui.

“Dalam keadaan seperti ini, sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat amat penting bagi memberikan kekuatan serta semangat kepada mereka yang sedang melalui fasa pemulihan,” katanya menyampaikan sumbangan itu, semalam.

Ding turut menzahirkan kata-kata semangat kepada Nur Ashikin agar terus tabah dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran kesihatan, selain mendoakan supaya beliau diberikan kekuatan untuk menjalani proses pemulihan dengan sebaik-baiknya.

Dalam pada itu katanya, SABERKAS Meradong akan terus memperluas pendekatan turun padang menyantuni mereka yang berdepan kesukaran menerusi pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU