ARTIKEL

Safawi letak The Cats di depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaringan Safawi Rasid pada minit ke-32 meletakkan Kuching City FC di hadapan Phnom Penh Crown FC (PPCFC) dengan keputusan 1-0 pada separuh masa pertama aksi Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, hari ini.

Skuad The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak memulakan perlawanan dengan agresif dan hampir membuka jaringan seawal permainan, namun tandukan penyerang Ajdin Mujagic sekadar menggegar tiang gol.

Pada minit ke-11, Ajdin sekali lagi mengancam pertahanan lawan apabila menyudahkan hantaran lintang Ariff Farhan, namun jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Kuching City terus menguasai permainan dengan melancarkan beberapa gerakan serangan, tetapi gagal memecahkan kebuntuan sehingga minit ke-32.

Usaha tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Safawi meledak gol menarik untuk menewaskan penjaga gol Phnom Penh Crown, sekali gus mencetuskan sorakan penyokong The Cats.

Bagaimanapun, pelawat hampir menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi rembatan kencang Moses Dyer, namun penjaga gol Kuching City, Haziq Nadzli cemerlang menafikan percubaan itu.

Statistik separuh masa pertama menunjukkan Kuching City menguasai 62 peratus permainan berbanding 38 peratus milik Phnom Penh Crown.

The Cats turut merekodkan lima percubaan dengan dua tepat ke sasaran, manakala wakil Kemboja itu menghasilkan dua percubaan termasuk satu tepat ke sasaran.

Perlawanan turut menyaksikan ketua pasukan Phnom Penh Crown, Orn Chanpolin dilayangkan kad kuning selepas mengasari Ramadhan Saifullah, sebelum pemain Kuching City itu turut menerima amaran pada minit ke-45+1.

Dalam kesebelasan utama, Aidil tidak menurunkan Jerome Etame Mpacko dan João Pedro, sebaliknya memberi peluang kepada Ajdin kembali mengetuai jentera serangan selepas berehat beberapa perlawanan akibat kecederaan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SPR ingatkan calon patuhi peraturan penamaan

KUCHING: Bakal calon Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 diingatkan supaya melengkapkan borang penamaan calon, membuat semakan awal dan menjelaskan bayaran deposit bagi memastikan proses

GPS tampil dua jurutera wanita sebagai calon

SIMANGGANG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengetengahkan golongan profesional, termasuk dua jurutera wanita daripada Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dalam barisan calonnya bagi menghadapi