ARTIKEL

Safiee zahir rasa simpati dan hulur bantuan kilat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Nasib tiga sekeluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tengah di sini, semalam mendapat perhatian segera ADUN N.43 Daro, Safiee Ahmad.

Beliau melalui wakilnya menghulurkan sumbangan kilat kepada mangsa tidak lama selepas kejadian berkenaan.

Sumbangan beliau disampaikan melalui wakil Pusat Khidmat DUN N.43 Daro yang menemui wakil keluarga mangsa di tapak kebakaran berkenaan.

Ketika dihubungi Safiee berharap bantuan dalam bentuk keperluan itu mampu mengurangkan beban mangsa.

“Saya turut menzahirkan perasaan sedih dan simpati terhadap musibah yang menimpa keluarga mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan itu,” katanya.

Pada masa yang sama, Pejabat Daerah Daro, Jabatan Kebajikan Daro dan Pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) juga akan berusaha membantu apa yang perlu bagi meringankan beban mangsa terlibat.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, tiga sekeluarga, Bahiri Hamidan, 65, isterinya, Kamariah Omar, 70 dan Iriwandy Bahiri, 37, terselamat apabila sempat keluar daripada rumah terbabit ketika kejadian itu berlaku.

Akibat daripada kejadian itu, rumah struktur tidak kekal setingkat yang didiami mereka musnah 100 peratus.

“Saya difahamkan, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan kini menumpang di rumah anak mereka,” tambah Safiee.

Hadir sama, Penghulu Jobli Ngok, Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Tengah, Ismawi dan Ketua Pemuda PBB Cawangan Daro, Mohd Faizal Jamaludin.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha