ARTIKEL

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn

Sagah: Projek di DUN Tarat bukan janji pilihan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Pelaksanaan beberapa projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat bukan bertujuan meraih sokongan menjelang pilihan raya, sebaliknya projek yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan kerajaan.

Penyandang DUN Tarat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata pecah tanah projek Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) DUN Tarat yang diadakan hari ini tidak dilakukan dengan sengaja atau dirancang bertepatan dengan pilihan raya, malah tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

“Kebetulan, menerusi agensi ini, anda akan melihat lebih banyak projek menaik taraf jalan dilancarkan dalam beberapa hari akan datang.

“Ini bukan janji pilihan raya, sebaliknya projek sebenar yang sedang dan telah dirancang untuk dilaksanakan,” katanya ketika ditemu bual media di Kampung Pesang, di sini hari ini.

Sagah yang juga Pengerusi GKCDA berkata, sesetengah pengguna media sosial dan individu tertentu gemar memutarbelitkan isu seperti ini.

“Biarkan mereka berkata apa sahaja. Malah, ada yang mendakwa saya tidak pernah membawa sebarang pembangunan ke Tarat.

“Mereka yang membuat dakwaan sedemikian mungkin dilahirkan 30 tahun lalu atau selepas itu. Mereka membesar ketika kawasan ini sudah pun membangun dan tidak mengetahui keadaan sebenar kawasan ini sebelum pembangunan dilaksanakan,” katanya.

BERITA LAIN

Sagah gesa pengundi terus sokong kerajaan GPS

PADAWAN: Pengundi di Sarawak diseru terus memberikan sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan negeri. Penyandang Dewan Undangan Negeri

BERITA TERBARU

Sagah gesa pengundi terus sokong kerajaan GPS

PADAWAN: Pengundi di Sarawak diseru terus memberikan sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan negeri. Penyandang Dewan Undangan Negeri