ARTIKEL

Sagah ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian pembukaan program Discover Sains Together 2025 di Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Sarawak (TROPI), di sini. FOTO: Ramidi Subari

Sagah sambut baik peruntukan RM7.9 bilion untuk TVET

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, menyambut baik peruntukan sebanyak RM7.9 bilion bagi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Menurutnya, beliau amat gembira melihat pelbagai penekanan diberikan terhadap bidang TVET memandangkan Sarawak memerlukan tenaga kerja teknikal bagi memenuhi keperluan industri.

“Usaha tersebut penting kerana kita memerlukan ramai tenaga teknikal, bukan sahaja mereka yang cemerlang secara akademik tetapi juga golongan TVET yang akan berkhidmat dalam industri.

“Justeru, penekanan terhadap penyediaan dana untuk melatih pelajar TVET sangat dialu-alukan. Namun, saya berharap kementerian yang menguruskan perkara ini akan memberikan Sarawak bahagian peruntukan yang adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian pembukaan program Discover Sains Together 2025 di Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Sarawak (TROPI), di sini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cadangan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) TVET, beliau enggan mengulas lanjut perkara berkenaan kerana belum mengetahui kandungannya dengan lebih terperinci.

“Sukar untuk saya memberikan komen kerana kita perlu melihat dengan lebih terperinci apa sebenarnya kandungan RUU tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Majlis TVET Kebangsaan telah ditubuhkan pada tahun ini.

“Saya sendiri merupakan salah seorang ahli majlis tersebut. Sebenarnya, terdapat dua wakil dari Sarawak — saya sendiri dan Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka