ARTIKEL

Rubiah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama hadirin yang hadir | Foto: UKAS

‘Sahur dan Solat Subuh Macam Solat Jumaat’ di Desa Ilmu berjaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Program ‘Sahur dan Solat Subuh Macam Solat Jumaat’ yang berlangsung di Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, beliau menyambut baik aktiviti seumpama itu dan berharap ia dapat diadakan selalu sepanjang Ramadan.

Foto: UKAS

“Program seperti ini amat digalakkan dan saya melihat ia berjaya melibatkan ramai jemaah yang datang bersahur seterusnya menunaikan solat fardhu Subuh bersama-sama,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini.

Katanya, aktiviti tersebut bertujuan mengimarahkan Ramadan serta memberi manfaat kepada jemaah secara keseluruhan.

Untuk rekod, program anjuran Kelab Gen 16, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu dan Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Desa Ilmu tersebut juga menyaksikan lebih 500 jemaah yang hadir sekali gus menunaikan solat Subuh berjemaah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU