ARTIKEL

PENGERUSI Pertandingan LSRM 2026, Abdul Rahman Saibi.

Saingan Liga Setia Raja MUFA bermula 7 November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kejohanan berprestij Liga Setia Raja MUFA 2026 (LSRM 2026) kembali menemui peminatnya apabila saingan bermula pada 7 November depan.

Pengerusi Pertandingan LSRM 2026, Abdul Rahman Saibi memberitahu bahawa senarai pasukan yang akan turut serta bagi penganjuran kali ini masih belum diketahui secara muktamad.

Bagaimanapun, tegas Abdul Rahman, pihaknya mengehadkan penyertaan kepada 20 pasukan sahaja untuk saingan musim ini.

“Sasaran kita terarah kepada 20 pasukan terawal, namun apa-apa pun senarai muktamad akan diketahui selepas tarikh tutup iaitu pada 24 Oktober nanti,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MUFA) memberitahu bahawa saingan LSRM 2026 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM33,000 bagi tiga kelompok pasukan terbaik.

Dengan kata lain, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM15,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM8,000 selain piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sebarang keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi beliau di talian 019-8157879 atau Shawn di talian 019-8266651.

Katanya, Padang Mesra MDDM dan Padang KPSU akan menjadi gelanggang rasmi sepanjang berlangsungnya LSRM 2026.

Beliau memberitahu bahawa LSRM 2026 dianjurkan oleh MUFA dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih