ARTIKEL

BERSEDIA... Barisan peserta bersedia mempamerkan aksi terbaik mereka pada festival.

Sainsku Winds raih anugerah perak di festival orkestra SBP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Wind Orchestra Sekolah Menengah Sains Kuching (Sainsku Winds) melakar sejarah tersendiri selepas merangkul anugerah perak di Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan edisi ke-23 pada Isnin (4 Ogos).

Sekali gus menyaksikan satu-satunya wakil dari negeri Sarawak itu sekali lagi berjaya menempa nama di festival yang telah berlangsung di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya.

BERHASIL… Pasukan Sainsku Winds berjaya memperoleh anugerah perak.

Kejayaan merangkul anugerah perak menjadikan pencapaian sekolah terbabit lebih baik berbanding tahun lalu yang sekadar menamatkan saingan dengan memperoleh anugerah gangsa.

Jurulatih pasukan merangkap alumni sekolah, Muhammad Akmal Khalish berkata, kejayaan tersebut memperlihatkan anak buahnya komited dalam memastikan pasukan berjaya memberikan persembahan terbaik.

Kejayaan memperoleh anugerah perak berbanding anugerah gangsa pada tahun lalu, katanya, jelas membuktikan peserta semakin matang dalam mempersembahkan aksi sepanjang kejohanan.

“Anugerah ini menjadi pemangkin untuk kami terus maju ke hadapan. Kami juga berharap momentum ini dapat dikekalkan dan diteruskan dengan lebih bersemangat mengiringi tiupan Sainsku Winds untuk terus berkumandang lebih tinggi pada tahun mendatang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau pada masa sama menambah pencapaian itu merupakan titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang.

Terdahulu, Sainsku Winds disertai 42 orang pelajar dan diiringi oleh lima orang guru pengiring.

Pasukan turut mendapat bimbingan daripada guru berbakat dalam bidang orkestra diketuai oleh Cikgu Janice Chuat di samping memberi sokongan moral dan teknikal sepanjang proses latihan dan pertandingan.

Untuk rekod, Sainsku Winds yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 kini menjadi platform penting dalam mengasah bakat muzik pelajar.

Ia turut memperkukuh jati diri, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan warga sekolah.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu