ARTIKEL

SALCRA
Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom

SALCRA tanam rumput napier seluas 200 hektar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) menubuhkan ladang rumput napier seluas 200 hektar untuk makanan ternakan ruminan, dengan 12 hektar telah ditanam di Serian dan Bau.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tapak pembesaran seluas 78 hektar di Roban, Saratok dikenal pasti untuk tujuan itu.

“Pada masa ini, lapan petani napier aktif di Serian membekalkan rumput napier kepada Pusat Ternakan dan Penggemukan Lembu SALCRA di Mayang…SALCRA juga merancang untuk menubuhkan kilang makanan haiwan formula sendiri dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 tan metrik di Saratok.

“Inisiatif ini dijangka mengurangkan pengimportan jagung dan bahan makanan untuk haiwan sebanyak kira-kira 30,000 tan metrik bersamaan RM84 juta.

‘’Jumlah keseluruhan untuk melaksanakan inisiatif ini dianggarkan sebanyak RM200 juta,” katanya semasa ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Dr Rundi menambah, bagi mempertingkatkan sektor makanan haiwan, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) melalui anak syarikatnya kini menjalankan ujian dan pentauliahan kilang makanan lembu yang terletak di Sibu.

Pengeluaran makanan ternakan dijangka bermula pada suku pertama 2025 dengan kapasiti pengeluaran 12 tan metrik sehari, katanya.

Selain itu, beliau berkata Kolej Universiti i-CATS turut bekerjasama dengan Koperasi Agromakanan Kampung Kaba, Saratok untuk menghasilkan makanan haiwan daripada biojisim tempatan.

“Lapan ekar tanah dikenal pasti untuk penanaman napier yang bermula pada Januari 2025. Sejumlah RM500,000 diluluskan untuk projek ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i