LUNDU: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dengan kerjasama Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah mengadakan Bengkel Pengenalan Standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Aspek Sosial dalam Perniagaan bagi sekitar 100 ahli Jawatankuasa Peladang (AJKP) SALCRA di Pusat Latihan Bajo, Lundu.
Objektif utama program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan AJKP mengenai kepentingan MSPO dan hak asasi manusia, khususnya berhubung aspek buruh paksa dalam sektor kelapa sawit.
Para pegawai dari Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dijemput untuk menyampaikan ceramah bagi menjayakan bengkel itu.


