ARTIKEL

SALMAN KHAN masih trauma cinta lama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANG Bollywood terkenal, Salman Khan, yang kini meniti usia 60 tahun, masih kekal bujang, satu status yang terus mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat dan media.

Namun, di sebalik senyuman dan imej berbadan sasa yang sering ditampilkan, rupa-rupanya Salman menyimpan luka lama yang masih membayangi hidupnya hingga ke hari ini.

Luka itu berpunca daripada perkahwinan yang tidak kesampaian bersama aktres Sangeeta Bijlani pada 1994.

Dalam satu pendedahan jujur, Salman berkongsi bahawa kisah cinta yang pernah dibina bersama Sangeeta sepatutnya berakhir di jinjang pelamin pada 27 Mei 1994, namun impian itu berkecai di saat akhir.

Difahamkan, bukan sekadar ura-ura, kad jemputan sudah pun diedarkan kepada para tetamu dan segala persiapan majlis telahpun dilakukan.

Namun, perkahwinan impian itu musnah sekelip mata selepas Salman dikatakan curang dengan pelakon Somy Ali hanya beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Sangeeta yang kecewa dikatakan tidak dapat menerima kecurangan tersebut dan memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka serta-merta.

Sejak itu, trauma akibat hubungan yang gagal tersebut dikatakan menjadi salah satu sebab mengapa Salman enggan berkahwin hingga ke hari ini.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU