ARTIKEL

PENGERUSI Kebangsaan DAP Lim Guan Eng menyampaikan ucapan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC). | Bernama

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng, memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepadanya kerana memfitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Menerusi notis rayuan yang difailkan melalui Tetuan Guok Partnership pada 29 November lepas, Guan Eng tidak berpuas hati apabila tiada perintah tentang kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata beliau sepatutnya diberikan faedah tersebut oleh Mahkamah Tinggi dan dikira dari tarikh pemfailan tindakan saman, iaitu pada 27 Mac 2023 hingga tarikh bayaran penuh.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Februari 2025 bagi pengurusan kes itu.

Pada 8 November lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahli Parlimen Pagoh itu membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kerana memfitnah Guan Eng.
 
Roz Mawar membuat keputusan itu selepas mendapati Guan Eng berjaya membuktikan kesnya, dan turut memerintahkan Muhyiddin membayar kos RM50,000 kepada ahli politik berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan itu memfailkan saman terhadap Muhyiddin berhubung tiga kenyataan berunsur fitnah di laman Facebook yang melibatkan beliau dalam isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Guan Eng turut mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasa beliau dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenakan cukai serta penalti terhadap yayasan kebajikan berkenaan, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.

Pada 16 Disember lepas, Roz Mawar memberikan penangguhan bersyarat kepada Muhyiddin berhubung pembayaran ganti rugi itu dan memerintahkan beliau membayar RM400,000 pada 31 Disember ini serta baki RM1.02 juta pada 27 Jan 2025. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU