ARTIKEL

Samarahan Jadi Tumpuan Hujung Bulan Ini: SFCF 2025 Bawa Sajian Tradisi & Budaya 9 Hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Festival Makanan dan Budaya Samarahan 2025 (SFCF 2025) bakal menghidupkan Tapak Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan sajian tradisi dan persembahan seni dari 21 hingga 29 November ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, festival itu bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat melalui penjualan makanan malah mempamerkan keunikan budaya Samarahan negara serta rantau antarabangsa.

“Setiap malam terdapat persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum di Kota Samarahan iaitu Melayu seperti bermukun, bertandak dan kompang, kaum Iban dengan Gendang Pampat, persembahan kaum Bugis serta kesenian masyarakat Cina.

“Melalui kerjasama bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kita juga ada menjemput peserta universiti daripada negeri Kelantan, Kedah, Melaka serta negara jiran Indonesia yang akan turut mempersembahkan kebudayaan dari kawasan masing-masing pada setiap malam.

“Seperti gula dengan semut, apabila ada juadah tradisional dan persembahan menarik orang ramai pasti datang. Semakin ramai pengunjung, semakin rancak jualan dan persembahan yang dipamerkan” katanya pada sidang media SFCF 2025 di MPKS hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa SFCF 2025 menyediakan 72 ruang kanopi bersaiz 20×20 bagi peniaga merangkumi 46 tapak makanan dan minuman 10 tapak makanan kering serta kraf selain enam ruang pameran dan 10 untuk trak makanan.

“Kemeriahan festival ini juga dirancakkan dengan acara sampingan seperti Samarahan IDOL SFCF Fun Run, Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Nanas, Aerobathon Challenge, Battle Of The Bands dan Non Stop Zumba 3 jam.

“Festival kali ini turut menampilkan persembahan artis jemputan yang bakal memeriahkan pentas utama termasuk kemunculan penyanyi popular seperti Winnie Albert, Baggio Damasutra, Rickie Andrewson, Mawat dan Baby Shima” jelasnya.

Beliau turut menekankan bahawa model festival seperti SFCF selari dengan trend pelancongan dunia yang kini memberi tumpuan kepada pengalaman makanan jalanan pasar malam dan suasana malam yang hidup.

“Pasar malam seperti ini sebenarnya menjadi tarikan besar sama seperti di kawasan Matang di Kuching yang sentiasa dipenuhi pengunjung setiap malam untuk menikmati makanan serta membeli-belah.

“Kita mahu suasana itu turut wujud di Samarahan dan memastikan momentum ini berterusan bukan sahaja untuk menarik kehadiran pengunjung secara konsisten tetapi juga untuk menghidupkan bandar dengan hiburan serta aktiviti masyarakat” jelasnya.

Beliau juga optimis, jumlah kehadiran pengunjung mampu mencecah sehingga 250,000 orang sepanjang 10 hari penganjuran malah tidak menolak kemungkinan angka itu boleh melonjak sehingga 400,000 atau 500,000.

“Pelibatan pelajar dari UNIMAS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) setiap malam pasti menghidupkan kawasan ini ditambah penduduk di kawasan perumahan padat seperti Desa Ilmu dan Samarindah serta pengunjung dari Kuching dan daerah sekitar.

“Walaupun terdapat cabaran trafik di laluan Kuching–Samarahan susulan pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), saya yakin keadaan itu tidak menghalang orang ramai untuk hadir” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sepanjang festival selain menyeru peniaga untuk memastikan makanan disediakan dengan betul bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha