ARTIKEL

JUARA… Samarahan U12 juara Kejohanan MDRA Hornbill 7’s Ragbi 2023 (Kategori Bawah 12 tahun)

Samarahan U12 juara Kejohanan MDRA Hornbill 7’s Ragbi 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Samarahan U12 merangkul gelaran juara bagi Kejohanan MDRA Hornbill 7’s Ragbi 2023 (Kategori Bawah 12 tahun) selepas menumbangkan Kapit Sparrow 17-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di SMK Merbau Miri, semalam.

Kejayaan tersebut sekali gus membolehkan Samarahan U12 (Gabungan SK Empila dan SK Kampung Baru) membawa pulang sijil, medal dan piala.

Sementara itu, bagi kategori Plate Champion, SK Anchi menggengam kejuaraan dan SK Kampung Luak B sekadar berpuas hati meraih gelaran naib juara.

Manakala dalam aksi final kategori Bowl, SK Kampung Luak A dinobatkan sebagai juara dan KRP Mini and Youth menduduki tempat yang kedua.  

Mengulas mengenai pertandingan, Pengurus Pasukan Abdul Kareem Firdaus menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong usaha pasukan Samarahan U12 untuk merangkul kejuaraan MDRA Hornbill 7’s bagi kategori bawah 12 tahun. 

“Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, PIBG SK Kampung Baru, ibu bapa dan guru-guru di atas sumbangan kewangan yang diberikan bagi memastikan kelancaran kejohanan ini.

“Diharapkan, pada masa yang akan datang, pasukan ini mendapat sokongan kewangan yang berterusan kerana pasukan ini sungguh bersemangat di dalam memartabatkan nama Samarahan dalam bidang sukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU