ARTIKEL

Foto: DBKU

Samarindok Finale 2025 tutup tirai penuh gemilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Siri keempat Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2025 atau Samarindok Finale menutup tirai dengan penuh gemilang malam tadi. Ia sekali gus melengkapkan penganjuran empat siri persembahan sepanjang tahun ini.

Samarindok yang kini berusia 11 tahun terus kukuh sebagai platform pemartabatan seni dan budaya Melayu Sarawak.

Program ini turut menjadi wahana penyatuan komuniti serta pengukuhan jati diri bangsa.

Majlis perasmian disempurnakan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

Beliau menegaskan kekuatan sesebuah bandar bukan hanya diukur melalui pembangunan fizikal.

Menurut beliau, kekayaan budaya dan perpaduan masyarakat turut memainkan peranan penting.

Seni dan budaya menjadi medium yang merapatkan jurang perbezaan serta menyuburkan nilai kebersamaan.

DBKU menghargai sokongan penggiat seni, komuniti tempatan dan penganjur yang menjadikan Samarindok platform berprestij.

Turut hadir Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datu Sanib Said.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU