ARTIKEL

Sambutan Hari Guru SK Jawa meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI : Guru lelaki dan wanita berpakaian mengikut pelbagai jenis kerjaya menyerikan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jawa Kerubong, Selalang.

Guru Besar, Azeman Akel berkata, gimik itu bertujuan mendedahkan murid mengenai pelbagai bidang kerjaya selain menjadi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan.

Melalui penampilan seumpama itu katanya, murid berpeluang mengetahui pelbagai bidang yang boleh diceburi pada masa depan.

“Sambutan Hari Guru SK Jawa berlangsung sederhana tetapi meriah. Kami warga sekolah meraikannya dengan cara tersendiri.

“Sambutan kali ini bukan sekadar meraikan guru tetapi yang lebih penting, kami mahu murid tahu skop kerjaya itu sangat luas dan mereka boleh mencapainya jika belajar dengan tekun.

Guru SK Jawa memperagakan pakaian mengikut jenis pekerjaan.

“Malah kita mahu menyedarkan murid bahawa semua jenis pekerjaan itu mempunyai peranan penting dalam membantu pembangunan negara,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, secara keseluruhan sambutan kali ini melibatkan penyertaan 18 guru dan 80 orang murid.

Selain itu katanya, kejayaan program juga hasil gandingan mantap antara ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Acara lain yang turut memeriahkan sambutan termasuk Sukaneka Guru, Jamuan Hari Guru, Pertukaran Hadiah Antara Staf dan Majlis Makan Malam Apresiasi Hari Guru.

“Lebih menggembirakan apabila buat pertama kalinya kami melancarkan lagu sekolah SK Jawa hasil ciptaan Stephanie Unsil Rakey, guru SK Skarok Lubok Antu Sri Aman,” katanya.

Guru SK Jawa menghadiri foto dengan gelagat yang tersendiri.

 

Jamuan makan malam bersama guru.

 

Acara sukaneka memeriahkan lagi sambutan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan