ARTIKEL

Samling bantu golongan memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kumpulan Samling terus memainkan peranan penting dengan menyumbang bekalan perubatan dan makanan kepada golongan memerlukan di bandar raya ini yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Samling Troy Yaw kepada wakil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri di Wisma Samling di sini, semalam.

Sebanyak 4,000 bungkus makanan diserahkan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan, khasnya di kawasan penempatan semula Tudan.

Turut diserahkan barangan perubatan seperti topeng muka dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri, Klinik Kesihatan kawasan Miri dan Baram.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Samling Lawrence Chia, sebahagian barangan untuk Baram dan Miri masih belum tiba dan akan dihantar sebaik diterima.

“Dalam menyokong usaha kerajaan untuk mengatasi Covid-19, Samling bukan sahaja menghantar bekalan perubatan ke barisan hadapan untuk memerangi virus ini, tetapi juga bekalan makanan kepada golongan kurang bernasib baik yang terjejas akibat PKP.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Samling untuk membantu usaha Kerajaan Sarawak memerangi Covid-19,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin gembira dan bersyukur kerana ada pihak yang tampil memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk sama-sama memerangi pandemik Covid-19 ini.

“Semangat juang yang ditunjukkan oleh semua pihak menjadi satu budaya dan amalan dalam masyarakat Sarawak yang begitu disanjung tinggi.

“Kini, kita mempunyai tekad yang sama iaitu mengatasi dan memutuskan rantaian wabak ini,” katanya selaku menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting; Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau; Adun Telang Usan Dennis Ngau; dan Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf antara yang hadir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha