Sang Penguasa  terjemahan Zamir Mohyedin

BAGI graduan sains politik, Niccolo Machiavelli antara tokoh yang paling penting kerana falsafah beliau menjadi asas kepada sains politik.

The Prince atau Sang Penguasa merupakan buku terjemahan Zamir Mohyedin menjadi bacaan wajib bagi pelajar sains politik.

Ini kerana buku itu menunjukkan percaturan politik yang sebenar tanpa dipengaruhi ideologi politik bersifat idealis.

Anda juga dapat belajar bagaimana penguasa terpaksa menjadi kejam demi mengukuhkan kestabilan sesebuah negara.

Machiavelli turut menjelaskan penghasilan buku ini juga berdasarkan pemerhatian beliau dalam dunia politik selama bertahun-tahun.

Politik Realis Perkara paling menarik penulis ialah Machiavelli menjelaskan pemerintah perlu tinggal bersama-sama rakyat selepas menakluki sesuatu tempat.

Machiavelli berpandangan segala ideologi dan kebudayaan lama perlu dihapuskan bagi memastikan rakyat tidak bangkit memberontak.

Ini pernah dilakukan oleh Raja Macedonia, Alexander Yang Agung ketika menakluki Parsi selepas berjaya mengalahkan Raja Darius III.

Alexander memerintahkan segala kebudayaan dan undangundang Yunani diserapkan ke atas masyarakat Parsi.

Kesannya, Alexander berjaya mengekalkan penguasaan Macedonia ke atas Parsi dalam tempoh yang lama.

Kekuatan Pentadbiran Yang Berpusat Machiavelli turut menjelaskan betapa pentingnya golongan penguasa kepada rakyat kerana mereka patuh dan tunduk kepada kekuasaan.

Beliau memberi contoh pemerintahan Turki Uthmaniyah yang begitu kuat dan kukuh sehingga sukar menggulingkan Sultan.

Beliau berpandangan Sultan melantik gabenor untuk mentadbir di wilayah, namun tidak diberi kuasa istimewa.

Ini kerana rakyat hanya perlu mengakui kekuasaan Sultan bukannya patuh kepada gabenor yang hanya wakil kepada Sultan di Istanbul.

Oleh itu, gabenor tiada pilihan untuk hanya menyatakan kesetiaan kepada Sultan tanpa sebarang soal.

Penguasa Yang Dibenci Dan Disukai Untuk menjadi penguasa yang kuat, Machiavelli berpandangan penguasa perlu menghindari sikap dibenci oleh rakyat Machiavelli berpendapat penguasa yang dibenci oleh rakyat tidak semesti perlu berkelakuan jahat.

Ini pernah berlaku kepada Maharaja Rom, Pertinax digulingkan oleh sekumpulan tentera tidak senang dengan nilai kejujuran diterapkan oleh beliau.

Selain itu, Machiavelli turut memberi contoh berlaku kepada Maharaja Severus yang bijak menjaga kebajikan tentera dan rakyat.

Beliau juga pernah melakukan kekejaman demi memuaskan hati rakyat serta bijak menenangkan rakyat dengan kegagahan tenteranya.

Akhir sekali, Machiavelli berpendapat penguasa perlu bersifat bermuka-muka dengan menjadi singa dan rubah pada masa yang sama.