Baru-baru ini lapan bakal jemaah Haji dari Britain mengayuh basikal bagi menunaikan ibadah Haji mereka. Perjalanan mereka ke tanah suci mengambil masa dua bulan dan melintasi 17 buah negara.
Mereka memulakan perjalanan dari London pada 7 Jun lalu dan tiba di Turki pada 13 Julai.
Kedatangan mereka disambut oleh Presiden Turki, Tayyip Erdogan di Istana Dolmabahçe sebaik sahaja mereka sam- pai ke Istanbul.
Setelah menempuh pelbagai cabaran sejauh 6,500 kilometer yang mengambil masa dua bulan itu mereka selamat tiba di Madinah.
Di Madinah pula ketibaan mereka disambut dengan selawat badar. Kesemua mereka menangis kegembiraan sebaik tiba di Madinah sambil mengucapkan syukur kepada Allah.
“Perjalanan ini amat spiritual dan biarpun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran, namun ia tetap menjadi salah satu perjalanan yang paling indah,” kata Taher Akhtar yang mengetuai kumpulan itu.
Antara kesulitan yang dialami mereka selama perjalanan itu ialah keadaan cuaca yang berubah-ubah, hujan, badai, kelembapan dan kekurangan oksigen, selain jalan-jalan yang sukar dilalui dan massalah haiwan liar.
Destinasi terakhir mereka ialah Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
The extraordinary journey of 8 individuals cycling from the UK to Mecca continues, every day this week at 6pm!?♂️?
Tour De Hajj, a once in a lifetime expedition. ?
Only on British Muslim TV. SKY 752, Freeview 264 or stream online https://t.co/YBBWQKdNb5 pic.twitter.com/W3nnMlY0sP
— British Muslim TV (@BritishMuslimTV) August 7, 2019



