Sanggup membunuh kerana cinta

KUCHING: Seorang lelaki sanggup membunuh kerana cemburu bekas teman wanitanya beralih cinta kepada rakannya dan menikam mangsa menggunakan pisau sayur sehingga mati.

Suspek berusia 26 tahun itu semalam diarahkan oleh mahkamah dilanjut reman empat hari lagi kerana siasatan belum lengkap apabila pisau digunanya belum ditemui.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengarahkan suspek ditahan sementara menunggu barang bukti pembunuhan ditemui.