ARTIKEL

CIUMAN EMAS...Anson Tiong (tengah) menerima ciuman daripada kedua-dua orang tuanya. — FOTO MOHD. ALIF NONI

Sanggup terbang dari Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: “Memang gembira dan sedikit terharu apabila melihat dia (Anson Tiong Cheong Huat) dapat menang pingat emas.

“Kami tidak menjangka dia boleh mencipta kejutan kerana ini merupakan penampilan pertama dalam Sukan Para Sukma.”

Itu antara luahan yang dikongsi oleh bapa kepada jaguh baharu para powerlifting Sarawak, Tiong Ung Sing, 49, yang ditemui Arena Suara Sarawak.

Menurut Tiong, beliau dan isteri, Catherine Sapah Anak Nanggai, sanggup terbang dari Bintulu ke Selangor semata-mata untuk memberi sokongan kepada anak bongsu mereka itu.

“Pada awalnya agak gementar melihat kelibat anak kami ketika dia melakukan angkatan.

“Namun, setelah melepasi tiga angkatan dengan cemerlang, saya dan isteri begitu gembira,” tambah Tiong.

Anson Tiong Cheong Huat, 19, muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama buat Kontinjen Para Sukma Sarawak pada temasya Sukan Para Sukma 2026 selepas berjaya mencatat angkatan terbaik (97kg) pada angkatan ketiganya dalam saingan kategori lelaki 49kg yang berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) sebentar tadi.

Beliau mengenepikan dua pencabarnya, iaitu Myzos Majanting dari Sabah selaku pemenang pingat perak dengan 95kg dan Muhammad Roozaimi Johari dari Negeri Sembilan dengan 94kg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU