ARTIKEL

CARI…Operasi SAR Liew diteruskan, hari ini.

SAR warga emas hilang di Kampung Jalan Krian diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Misteri kehilangan seorang warga emas di Kampung Jalan Krian sejak tiga hari lalu masih belum menemukan sebarang petunjuk.

Mangsa, Liew Kim Ped, 74, dilihat keluar berjalan sendirian pada pagi Isnin lalu oleh abangnya, namun tidak pernah pulang.

Tiada siapa mengetahui arah tuju lelaki itu, yang ketika itu memakai kemeja-T coklat dan seluar pendek.

Pagi tadi, suasana di sekitar Tasik Biru kembali sibuk apabila pelbagai agensi keselamatan dan penduduk kampung berkumpul bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba Bau PKPgB Zainudin Ngatdemon yang mengetuai lima anggota bersama-sama pasukan polis, APM, Pejabat Daerah Bau, Unit Anjing Pengesan (K9) dan sukarelawan kampung berkata, pasukan hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Satu kumpulan meneliti kawasan radius 4 kilometer di sekitar Tasik Biru, manakala kumpulan kedua memfokuskan pencarian dalam jarak 2 kilometer dari rumah mangsa,”katanya dalam kenyataan.

Penduduk kampung yang prihatin dilihat bergilir-gilir membantu memerhati kawasan kebun, hutan kecil dan laluan air, manakala pihak berkuasa menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat segera menghubungi mereka, katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha