ARTIKEL

Sara-Bif perkenal sembilan perisa baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: PPES Ternak Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) memperkukuh kedudukannya dalam pasaran makanan siap hidang dengan memperkenalkan sembilan perisa baharu di bawah rangkaian Sara-Bif Conned Beef dan Lamb Premium.

Pelancaran eksklusif itu diadakan sempena Sarawak Agrofest 2025 dan dirasmikan oleh Menteri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom bersama Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir pada Ahad.

Pelancaran ini menjadikan Sara-Bif sebagai jenama Sarawak pertama yang menawarkan pilihan produk daging dalam tin berinspirasikan antarabangsa.

Produk ini menggabungkan daging premium dengan rempah asli Sarawak bagi memberikan pengalaman rasa yang unik dan autentik.

Sembilan perisa baharu koleksi kambing premium terdiri daripada Kambing Kon (Corned Lamb), Kambing Kabsah Kon (Kabsah Corned Lamb) manakala koleksi lembu antarabangsa pula merangkumi Lada Hitam, Bawang Putih, Cili dan Bawang, Gochujang, Hot and Spicy, Smoky BBQ dan Kari.

Kesemua produk menggunakan daging lembu dan kambing berkualiti tinggi dari Australia dan New Zealand diperkaya dengan rempah Sarawak serta citarasa antarabangsa.

Menurut Pengurus Besar PPES Ternak Sdn Bhd, Artino Arshad, usaha inovatif dari segi perisa dan kualiti yang diperkenalkan oleh Sara-Bif ini mencerminkan peranan PPES Ternak dalam memperkukuh keselamatan makanan sambil meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

 Produk akan mula dipasarkan awal September depan di outlet Sara-Bif Premium serta pasar raya terkemuka di seluruh Sarawak, sekali gus memperkukuh jenama tempatan, menyokong pemodenan pertanian negeri dan membuka laluan ke pasaran global.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan