ARTIKEL

Gambar hiasan

SARA ‘talian hayat’ tampung keperluan sekolah anak-anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM:  Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menjadi “talian hayat” bagi sesetengah penerima dalam menampung keperluan sekolah anak-anak menjelang sesi baharu persekolahan tahun depan.

Pekerja pejabat Siti Rohana Saad, 38, berkata beliau dan suami menganggarkan perbelanjaan kelengkapan sekolah tiga anaknya hampir RM400 dan agak membebankan terutama bagi keluarga berpendapatan rendah seperti mereka.

Justeru, Rohana berkata mereka merancang perbelanjaan dengan menyimpan bantuan bulanan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad suaminya sejak empat bulan lepas bagi pembelian kelengkapan sekolah seperti uniform, kasut dan alat tulis.

“Suami juga melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan untuk menampung perbelanjaan keluarga, jadi bagi saya inisiatif SARA kategori isi rumah ini sangat membantu,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi penerima, Nor Aishah Abu Bakar, 29, berkata bantuan kewangan itu membolehkan beliau  mengasingkan sedikit gaji yang diterima setiap bulan untuk diberikan kepada ibu bapa serta membantu menanggung perbelanjaan adik bongsu yang masih bersekolah.

Pekerja swasta itu berkata bantuan berkenaan membantu anak muda khususnya yang tinggal di ibu kota, mengurus kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Inisiatif yang diberikan kerajaan ini amat bagus tetapi kalau boleh barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran pun boleh dibeli menggunakan program SARA ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebanyak 5.6 juta orang menerima SARA bulanan dengan jumlah kelayakan keseluruhan bagi 2025 mencecah RM5 bilion.

Amir Hamzah berkata hingga 17 Dis lepas, hampir 5.6 juta penerima SARA, termasuk rayuan baharu yang diluluskan telah menggunakan MyKad bagi pembelian barangan asas di premis berdaftar yang  mencerminkan kadar penggunaan 99 peratus dan perbelanjaan berjumlah RM4.59 bilion.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk