PELAKON Sarah Azhari mendedahkan pengalaman pahitnya apabila pernah menjadi mangsa rakaman video secara senyap ketika sesi uji bakat dahulu. Video tersebut dirakam di tandas tanpa pengetahuannya dan kemudiannya dijual secara haram.
Sarah, 48, berkata ketika itu dia langsung tidak menyedari wujud kamera tersembunyi yang merakam setiap gerak-gerinya
. “Bayangkan sedang menukar pakaian, tidak boleh dirakam,” ujarnya.
Menurutnya, insiden itu berlaku pada era undang-undang belum ketat, menjadikan mangsa sukar membela diri. Pelakon ini turut mengingatkan bahawa ketika zaman itu, penyebaran VCD dan DVD haram sangat berleluasa.
“Apatah lagi benda yang memberi mereka keuntungan cepat. Memang dijual secara tidak sah,” katanya.
Sarah mengakui pengalaman tersebut satu bentuk eksploitasi yang memberi kesan besar kepadanya sebagai selebriti. Namun, dia memilih untuk tidak terus dibayangi trauma.
“Benda yang telah lepas, biarlah berlalu. Jadikan pengajaran, jangan sampai perkara seperti itu berlaku lagi,” ujar Sarah, menutup pengakuannya dengan positif dan penuh semangat






