ARTIKEL

Datuk Snowdan Lawan

Saranan penggabungan PDP-PRS sekadar laporan sensasi media – Snowdan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Saranan penggabungan antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) adalah sekadar “laporan sensasi media, tidak lebih tidak kurang”, kata Datuk Snowdan Lawan.

Ketua Pemuda PRS itu berkata pada waktu ini, tiada perbincangan diadakan tentang penggabungan kononnya antara PDP-PRS seperti yang dilaporkan oleh media.

“Ini (penggabungan) adalah perkara besar dan bukan isu remeh yang dibangkitkan menerusi sekadar laporan akhbar.

“Hirarki parti perlu mengesahkannya.

“Memandangkan ia bukan laporan berisi, kita akan mengetepikannya sebagai sekadar laporan remeh,” Snowdan menegaskan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menyatakan bahawa keadaan politik semasa di Sarawak adalah kondusif kerana empat parti komponen, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), PRS dan PDP, sudah pun berada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bagi PDP-Parti Sarawak Bersatu (PSB), senario aalah berbeza kerana PSB dahulu dalam pembangkang dan berada di luar GPS.

“Dalam erti kata lain, biarlah persekitaran ini kekal seperti sedia ada (status quo) demi kestabilan,” katanya.

Snowdan mengulas tentang satu laporan yang memetik kenyataan presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung cakap-cakap oleh Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien tentang kemungkinan bagi penggabungan antara PDP dan PRS.

Tiong telah menyatakan bahawa PDP terbuka kepada penggabungan dengan PRS, tetapi menegaskan ia pada akhirnya terpulang kepada PRS.

“Bagi PDP, pintu kami sentiasa terbuka, kita boleh sahaja mempertimbangkannya dan mengalu-alukan semua orang.

“Paling penting sekali, pada akhirnya kita mesti menjadi satu pasukan untuk bekerja ke arah menyelamatkan negara, terutamanya wilayah kita (Sarawak),” katanya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri