ARTIKEL

Sarawak agresif pacu ekonomi digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mempunyai agenda agresif dalam perkembangan ekonomi selepas PKP khususnya aspek ekonomi digital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut sangat penting kerana ia akan menjadi pemacu utama kepada ekonomi di Malaysia.

“Selain agenda di peringkat Persekutuan, Sarawak turut mempunyai agenda tersendiri dan sudah pasti, ia menjadi salah satu pemangkin ekonomi di negeri ini.

“Selain itu, saya dimaklumkan bahawa sektor pertanian juga akan menjadi satu sektor yang akan diberikan perhatian serius di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang selepas perjumpaan dengan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dan Komuniti Perniagaan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambahnya, perbincangan turut menyentuh isu perniagaan dan pembangunan di sepanjang sempadan dengan rakan-rakan dari Indonesia dan Brunei.

“Kami juga membincangkan tentang potensi apabila Indonesia memindahkan ibu kota dari Jakarta ke Kalimantan.

Sudah pasti potensi perniagaan cukup besar.

“Jadi, kita semua mahu menjadi negara maju selari keinginan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030,” ujarnya.

Beliau juga diberikan taklimat mengenai sektor pembuatan seperti syarikat Jepun dan China yang sudah melabur dan akan menambah pelaburan di negeri ini.

“Ia bermakna, sektor pembuatan di Sarawak sudah berkembang pesat,” tegasnya.

Mustapa memberitahu, pelancongan domestik juga meningkat tetapi terdapat kekangan untuk pelancongan antarabangsa kerana sempadan masih belum dibuka.

“Untuk perniagaan, kita faham bahawa pembukaan sempadan itu penting tetapi kita tidak boleh tergesa-gesa kerana bimbang mengenai kemungkinan berlaku gelombang kedua Covid-19.

“Sarawak juga mencatat kejayaan yang cemerlang dalam menangani masalah Covid-19.

Kita cukup yakin prospek kemajuan di Sarawak ini baik.

“Kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak meyakinkan kita bahawa ia akan membawa kemajuan besar kepada negeri ini,” jelasnya.

Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Ketua Pegawai Eksekutif Recoda Datuk Ismawi Ismuni turut hadir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha