ARTIKEL

Sarawak akur jika SUKMA ditangguhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor sekiranya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 ditangguhkan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkara itu masih belum diputuskan secara rasmi.

“Saya baru mengetahui perkara ini dan keputusan masih belum dimuktamadkan secara rasmi.

Namun, Sultan Selangor mencadangkan agar SUKMA yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada Ogos ini ditangguhkan sehingga konflik di Asia Barat reda, bukan dibatalkan.

“Kita tidak tahu bila konflik itu akan berakhir.

Saya mengetahui perkara ini melalui media sosial dan laporan berita, jadi sukar untuk memberi komen lanjut kerana Kerajaan Selangor masih belum membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke (BDY) di sini, pada Isnin.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan agar temasya sukan pelbagai acara itu ditunda sehingga konflik serantau reda.

Selain itu, memastikan kerja-kerja pengubahsuaian Stadium Shah Alam siap sepenuhnya, sambil mengambil kira kos penganjuran yang tinggi.

Abdul Karim berkata Sarawak telah membuat persiapan rapi walaupun terdapat ketidaktentuan.

“Kita telah membelanjakan sejumlah besar untuk persediaan kontinjen, dengan hanya beberapa bulan lagi sebelum Ogos. Ramai atlet sudah menjalani latihan, termasuk sebahagiannya di luar negara.

“Lawatan ke semua sembilan daerah di Selangor juga telah dilakukan untuk mengenal pasti penginapan seperti inap desa bagi kontinjen Sarawak, kerana temasya ini tidak hanya tertumpu di Shah Alam tetapi diadakan di pelbagai lokasi,” katanya.

Beliau mengakui kecewa sekiranya penangguhan berlaku, namun menegaskan bahawa keputusan akhir terletak pada pihak berkuasa berkaitan.

“Saya percaya Kerajaan Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan akan meneliti cadangan ini dan memutuskan sama ada temasya ini akan diteruskan atau ditangguhkan,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke