ARTIKEL

BERCAKAP… Yow bercakap pada sidang media sempena penganjuran Mini Film Festival x Mini Arts Festival di menara Hock Seng Lee (HSL) di sini, hari ini. Foto: GHAZALI BUJANG

Sarawak anjur festival mini filem 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Mini Film Festival x Mini Arts Festival Edisi Ke-20 menampilkan kelainan dengan memperkenalkan filem Kategori Borneo tahun ini.

Pengarah Festival Yow Chong Lee berkata ia juga julung kali dianjurkan dengan melibatkan pembikin filem kreatif dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan Kalimantan.

Katanya, itu bermakna pengunjung yang datang ke festival bukan hanya dapat menyaksikan filem dari Sarawak tetapi juga luar negeri ini.

“Selain itu, kita juga menjemput pembikin filem dari Brunei dan Kalimantan untuk datang ke festival itu supaya dapat bertemu dengan pembikin filem tempatan kita.

“Pertemuan itu juga penting kerana kita mahu semua pembikin filem ini berhubung antara satu sama lain dan membentuk kerjasama dalam dalam filem serta seni yang lain,” katanya.

RAKAMAN KENANGAN… Yow merakam gambar kenangan bersama-sama pelajar Program Sinematografi dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS. Foto: GHAZALI BUJANG

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Mini Film Festival x Mini Arts Festival di menara Hock Seng Lee (HSL) di sini, hari ini.

Tambahnya, tayangan lain menampilkan filem dari Asia Tenggara, Jepun dan filem yang dicalonkan daripada pertandingan pelajar, terbuka dan kategori Borneo.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak enam bengkel akan dijalankan merangkumi pelbagai bidang seperti menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam domain kreatif dan Token Tidak Mudah Kulat (NFT) untuk mengarah, bercerita, pencahayaan dan menubuhkan syarikat video.

Festival anjuran Program Sinematografi dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS dengan tema “SEarcH” akan berlangsung di La Promenade Mall dekat sini dari 18 hingga 21 Julai sekali gus terbuka kepada semua.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini tentang semua berita dan pengumuman terkini tentang festival dengan mengikuti @minifilmfestival di Instagram, TikTok dan Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual festival yang lengkap dan mendaftar untuk bengkel, layari laman web festival di https://bit.ly/MFFxMAF.

Poster festival

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah