ARTIKEL

Sarawak bakal ambil alih MASwings

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal mengambil alih MASwings, yang bukan sahaja bagi mempertingkatkan lagi perhubungan udara di negeri ini tetapi juga untuk mengurangkan kadar tambang penerbangan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu sudah dipersetujui secara dasar oleh Kerajaan Sarawak.

“Terdapat cadangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk berundingan dengan Kerajaan Sarawak bagi mengambil alih MASwings dan kami pada dasarnya bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Upacara Menandatangani Kontrak Bagi Operasi Miri antara Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Petroleum Arrangement Contractors (PACs) di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, aspek kedua yang perlu diteliti ialah untuk MASwings mempunyai laluan di luar Borneo.

“Apa yang kita mahu ialah mempunyai laluan serantau untuk kita menyederhanakan tambang terutamanya di Malaysia.

“Pada masa ini, MASwings tidak terbang ke Kuala Lumpur (KL) tetapi kami mahu terbang ke KL dan juga Singapura, jadi ia mesti di luar pintu domestik,” katanya.

Bagaimanapun, pada masa ini, pihaknya belum memikirkan lagi nama yang akan digunakan bagi menggantikan MASwings.

“Bila sudah jadi milik kita, barulah kita fikir nama apa tetapi nama adalah perkara kedua, apa yang penting ialah kita mempunyai penerbangan sendiri dan objektif kami adalah untuk menyederhanakan harga tambang,” katanya.

Syarikat Penerbangan MASwings iaitu Syarikat Penerbangan Komuter Malaysia Timur yang pertama, adalah memenuhi keperluan perjalanan udara penduduk Sarawak dan Sabah dengan menyediakan tambang yang berpatutan, jadual dan hubungan yang mudah di kedua-dua negeri di Borneo itu. 

Ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar RAS dari FlyAsianXpress, MASwings memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan pesawat turboprop atau yang menggunakan kipas yang sedang dikendalikan oleh FAX – tujuh pesawat Fokker F-50 dan lima Twin Otter.

Mengenai syarikat penerbangan butik milik Kerajaan Sarawak, Abang Johari berkata, ia menunjukkan penambahbaikan, dengan pihaknya akan berunding untuk mendapatkan butiran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha