Sarawak bakal bekerjasama dengan Austria, Jepun

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara Austria dan Jepun pada masa hadapan.

Itu antara hasil perbincangan yang dibincangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan beliau bersama-sama Duta Austria Dr Michael Posti ke Malaysia dan Duta Jepun OKA Hiroshi.

Abang Johari menerima kunjungan hormat Duta Austria Dr Michael Posti tersebut di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya pada pagi tadi.

Dalam mesyuarat setengah tersebut, mereka membincangkan perkara-perkara lain mengenai kerjasama dan peluang serta potensi yang dapat diterokai dari aspek pembangunan ekonomi, pendidikan, pelancongan dan kesihatan antara Sarawak dan Austria.

Ini juga termasuklah perbincangan melibatkan potensi Sarawak dari segi projek masa depan dalam bidang teknologi hijau, infrastruktur, kesihatan dan digitalisasi.

Dalam perkembangan sama Abang Johari juga menerima kunjungan hormat oleh, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary dari Japan, OKA Hiroshi di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya.

Pertemuan tersebut pula membincangan mengenai potensi Sarawak dari segi projek-projek masa depan dalam teknologi hijau, infrastruktur, kesihatan, pengurusan air dan sisa dan digitalisasi.

Menjadi harapan duta Jepun agar dapat bekerjasama dengan Sarawak dalam bidang tersebut pada masa akan datang.

Dari kiri : Ruddolf Edlinger (wakil Aqua Engineering), Reinhart Zimmermann (Penasihat Perdagangan Kedutaan Austria di Malaysia), Dr Micheal Posti (Duta Besar Republik Austria ke Malaysia), Ketua Menteri, Abang Johari Tun Openg, Eric Kueh (wakil Chua Hua Sdn Bhd) dan Friedrich Oberbucher (Agensi Perniagaan Antarabangsa).

Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary dari Japan, OKA Hiroshi melakukan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Sarawak semalam

Suara Sarawak