ARTIKEL

Anwar ketika menghadiri persidangan forum Asean di Melbourne.

Sarawak bakal jadi hab utama tenaga boleh diperbaharui rantau Asean – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELBOURNE: Sarawak bakal menjadi hab utama tenaga boleh diperbaharui dalam rantau Asean, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sehubungan itu, beliau mengajak pelabur dari Australia dan negara Asean untuk melawat Sarawak serta membuat pelaburan dalam negeri itu dan Malaysia sambil menambah Kuching akan menganjurkan acara Asean pada tahun hadapan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Presiden Dewan Perniagaan Sarawak Australia (SABC) Rodger Chan dalam satu sesi dialog ketika Forum Pelaburan Asean di sini pada Khamis.
Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan kerja ke Australia sempena Sidang Kemuncak Khas Asean Australia (Ulang Tahun ke-50).


Dalam sesi dialog tersebut, Chan berkata, Malaysia selaku tuan rumah untuk Sidang Kemuncak Asean tahun hadapan mempunyai peluang untuk meningkatkan kesedaran tentang Sarawak kepada negara Asean dan Australia dengan mengadakan satu mahupun dua acara di negeri tersebut.


Ini kerana tahun hadapan juga merupakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara Australia dan Malaysia.


Tambahnya, lebih 70 peratus jumlah campuran penjanaan tenaga di Sarawak ialah tenaga yang boleh diperbaharui.


Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Sarawak mendahului Asean dalam ekonomi hijau termasuk hidrogren dan tenaga boleh diperbaharui.


“Ia dalam proses membekalkan tenaga boleh diperbaharui hijau ke Singapura dan Semenanjung Malaysia melalui kabel dasar laut.


“Sarawak juga membina empangan hidro di Kalimantan untuk membekalkan tenaga hijau kepada Nusantara, ibu kota hijau baharu Indonesia,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU