ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menyampaikan amanat kepada penjawat awam Sarawak bersempena dengan dengan Program Sarawak Civil Service (SCS) One Team Retreat (OTR) 2025 di Singapura, hari ini. Foto TVS

Sarawak berhasrat jual teknologi pemprosesan modular untuk tenaga pelakuran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Sarawak terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam peralihan tenaga bersih global dengan berpotensi menjadi antara negeri terawal meneroka penghasilan tenaga fusion atau tenaga pelakuran berasaskan hidrogen, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kelebihan sumber semula jadi seperti air dan sungai membolehkan Sarawak mengekstrak hidrogen secara mampan sebagai sumber tenaga masa depan.

Beliau berkata, berbanding tenaga nuklear yang berisiko tinggi dan mendapat tentangan masyarakat, tenaga fusion merupakan pilihan lebih selamat, bersih dan menjimatkan kos.

“Dalam proses hidrogen ini ada atom bernama deuterium. Apabila atom deuterium bertindak balas dengan atom lain, ia menghasilkan apa yang kita panggil tenaga fusion.

“Teknologi ini kini terbukti boleh dilaksanakan dan harganya lebih murah serta jauh lebih selamat daripada tenaga nuklear,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat kepada penjawat awam Sarawak bersempena dengan dengan Program Sarawak Civil Service (SCS) One Team Retreat (OTR) 2025 di Singapura, hari ini.

Justeru Abang Johari yakin dengan kemampuan Sarawak memiliki sumber hidrogen dan deuterium, negeri itu berpotensi menjual sistem pemprosesan modular kepada negara lain yang kekurangan tenaga dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya percaya dalam tempoh lima tahun, kita boleh menjual teknologi pemprosesan modular untuk menghasilkan tenaga pelakuran. Harga hidrogen juga dijangka menurun hasil pembangunan teknologi membran dan proses baharu menjelang 2030,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata pengiktirafan dunia terhadap usaha tenaga hijau Sarawak terbukti apabila negeri itu kerap dijemput berkongsi pengalaman di pelbagai forum tenaga antarabangsa.

“Daripada pembacaan dan dapatan kita, tenaga paling bersih di dunia ialah hidrogen. Kita ada air, kita ada sungai, maka kita boleh ekstrak hidrogen daripada air dan inilah yang sedang kita laksanakan sekarang sehingga dunia mengiktiraf Sarawak sebagai peneraju peralihan tenaga,” katanya.

“Kalau dunia tidak mengiktiraf kita, mereka tidak akan jemput kita bercakap di forum dunia. Kita kini bukan sahaja menghasilkan hidrogen, tetapi juga meneroka teknologi tenaga fusion,” jelasnya.

Abang Johari turut menegaskan bahawa transformasi struktur ekonomi Sarawak kini sedang berlangsung berasaskan kekuatan sebenar negeri itu iaitu sumber tenaga bersih, kestabilan dan keupayaan inovasi tempatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan tentang kepentingan menjaga kualiti udara dan kesihatan awam dengan mengambil iktibar daripada pandemik COVID-19.

“Semasa COVID-19, saya fikir mungkin penyakit itu berpunca daripada udara yang tercemar. Apabila kita menghidu udara tidak berkualiti, sistem imuniti badan kita terjejas. Jadi dunia kini sedar bahawa kita perlukan udara bersih. Saintis pun kata, kehidupan memerlukan banyak oksigen,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa pembangunan tenaga bersih seperti hidrogen dan tenaga pelakuran bukan sekadar langkah ekonomi, tetapi juga sebahagian daripada usaha memastikan generasi masa depan menikmati persekitaran yang lebih sihat dan mampan.

“Kita mahu pastikan Sarawak bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga menjadi contoh negeri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan kelestarian bumi,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke