ARTIKEL

Norjayadi ketika berucap sempena Majlis Pelancaran dan Penyampaian Sijil Pengiktirafan Pendidikan Tidak Formal (IFE) Sarawak – Kemahiran dan Produktiviti Komuniti di Bangunan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Jalan Isthmus, di sini, hari ini. | Foto: Levrone Aigle

Sarawak berpotensi bantu tingkat produktiviti nasional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dilihat mempunyai peranan penting dalam membantu Malaysia mencapai sasaran peningkatan produktiviti nasional berikutan negeri ini mencatatkan antara tahap produktiviti tertinggi di negara.

Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata, pihaknya kini sedang membangunkan rangka kerja produktiviti nasional yang baharu, dengan pelibatan di peringkat negeri menjadi salah satu fokus ke arah mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 3.6 peratus serta menjadi antara 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia.

“Pengetahuan masyarakat dan kepelbagaian kemahiran yang dimiliki Sarawak menjadi asas penting dalam pembangunan bakat, yang merupakan antara pemacu utama produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran dan Penyampaian Sijil Pengiktirafan Pendidikan Tidak Formal (IFE) Sarawak – Kemahiran dan Produktiviti Komuniti di Bangunan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Jalan Isthmus, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah melalui pengiktirafan IFE, keupayaan masyarakat dapat ditonjolkan dengan lebih jelas, diperkukuh dan dihubungkan dengan peluang ekonomi yang lebih luas.

Katanya, ia juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang mengenal pasti pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai antara pemangkin pembangunan.

“Saya memuji usaha Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dalam memacu IFE sebagai laluan untuk pembelajaran dan peningkatan kemahiran.

“Sarawak merupakan negeri pertama yang melaksanakan perkara ini dan saya yakin usaha ini memperkukuh aspirasi negeri untuk meningkatkan pembangunan kapasiti modal insan, di samping memelihara budaya dan warisan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru majikan dan penyedia latihan supaya membantu penerima sijil IFE menggunakan kemahiran yang diiktiraf untuk dimanfaatkan dalam pekerjaan dan kehidupan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha