ARTIKEL

SETIAUSAHA SCA...Gordon Chung Pei Nan.

Sarawak berpotensi jadi kuasa sukan kriket di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kriket Sarawak (SCA) akan terus memperkasakan pembangunan sukan berkenaan pada skala yang lebih besar di masa hadapan.

Sejajar dengan kemudahan yang tersedia, iaitu Padang Kriket Borneo, badan induk ini akan menganjurkan kejohanan dan pelbagai aktiviti lain.

Setiausaha Agung SCA, Gordon Chung Pei Nan, memberitahu bahawa adalah menjadi hasrat pihaknya untuk mengelola pelbagai program termasuk kejohanan sepanjang tahun 2025.

Langkah tersebut dianggap pendekatan yang cukup signifikan dalam usaha memastikan pembangunan sukan kriket di Sarawak berada pada landasan yang tepat.

Dengan ini, Sarawak berupaya menjadi kuasa sukan kriket di negara ini pada masa akan datang.

“Kita mempunyai pelbagai perancangan sepanjang tahun 2025 yang mencakupi penganjuran kejohanan dan aktiviti lain,” ujar Gordon ketika mengulas mengenai perkara itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU