ARTIKEL

Abang Johari (duduk lima kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan pemenang sempena Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025, di Hotel Pullman Kuching, di sini, malam tadi.

Sarawak berpotensi muncul sebagai wilayah bertaraf dunia – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berpotensi muncul sebagai wilayah bertaraf dunia pertama sekiranya pembangunan modal insan terus diperkukuh bagi memaksimumkan nilai sumber semula jadi yang dimiliki, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendekatan itu penting kerana negeri ini luas dan mempunyai sumber yang banyak tetapi kekurangan modal insan berkemahiran tinggi.

Katanya, jika Sarawak memiliki kekuatan dari segi modal insan dan pemikiran, ia membuktikan bahawa negeri ini sudah berada di landasan yang tepat ke arah pembangunan mampan.

“Melihat Singapura, ia negara paling maju di ASEAN dan merupakan negara bertaraf dunia pertama. Namun, mereka tidak mempunyai sumber semula jadi dan hanya memiliki modal insan berkemahiran tinggi.

“Sarawak mempunyai sumber semula jadi seperti air, hidrogen dan sebagainya. Sekiranya kita dapat memperkukuh modal insan, kita juga mampu berada dalam kategori pertama dunia serta menjadi bintang dalam ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025, di Hotel Pullman Kuching, di sini, malam tadi.

Tambahnya, melihat kepentingan pembangunan modal insan, Sarawak menyediakan pendidikan percuma di universiti milik Kerajaan Sarawak yang dilihat dapat menyokong pembangunan ekonomi pada masa hadapan.

Menurutnya, beliau juga berharap agar pengamal media atau wartawan dapat menganalisis perkara tersebut, menilainya secara rasional dan mengemukakan cadangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU