Trending

Sarawak bina antena pada tangki air aras tinggi, tingkat capaian internet luar bandar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN: Kerajaan Sarawak bakal memasang antena pada tangki air aras tinggi bagi meningkatkan capaian liputan internet di kawasan luar bandar khususnya kampung, rumah panjang dan sekolah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, idea inovasi baharu itu akan dapat menjimatkan kos pembinaan menara telekomunikasi sekali gus memanfaatkan kegunaan tangki air aras tinggi daripada hanya dijadikan tempat simpanan air.

“”Saya sudah berbincang dengan (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bahawa tangki air aras tinggi kita bukan sahaja boleh digunakan menyimpan air, tetapi menambah liputan capaian internet.

“Saya akan minta Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk memasang antena Internet ini, tidak perlu lagi buat menara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pengambilalihan dan Naik Taraf Jalan Ladang Sedia Ada dari Dari Gedong Ke Kampung Semalatong, Simunjan di Gedong, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya ia merupakan pendekatan baharu menjadikan tangki simpanan air aras pelbagai guna, sekali gus menjimatkan kos kerajaan dalam menyediakan liputan internet untuk rakyat.

“Di seluruh Sarawak setakat ini terdapat 42 tangki tersebut. Jadi kita tidak perlu membina menara telekomunikasi lagi,” tambahnya.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru