ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (lima kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad (lima kiri) sempena kunjungan hormat kementeriannya di Wisma Sumber Alam. Foto Mohd Alif Noni.

Sarawak, Brunei perkukuh kerjasama pelbagai bidang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dan Brunei terus memperkukuh kerjasama strategik merangkumi pelbagai bidang termasuk pelaburan, perdagangan, pertanian, tenaga dan pembangunan belia demi kepentingan kedua-dua pihak.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hubungan erat antara Sarawak dengan Brunei bukan sahaja berlaku di peringkat kerajaan, malah turut diperkukuh melalui hubungan rakyat serta pertalian kekeluargaan yang sedia terjalin.

“Saya turut menjelaskan fungsi penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei, yang diyakini dapat memperkukuh hubungan dari aspek perdagangan dan pelaburan.

“Kami juga menyentuh peranan jawatankuasa koordinasi Sarawak dan Brunei yang saya pengerusikan bersama-sama Menteri Luar Kedua Brunei,” katanya.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad berbincang sesuatu pada kunjungan hormat tersebut.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Awang Tengah berkata, jawatankuasa itu membincangkan pelbagai sektor berpotensi termasuk tenaga, ekonomi, perdagangan, pelancongan, pertanian, penternakan, perikanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Brunei turut menyatakan sokongan penuh cadangan kita untuk menghidupkan semula temasya Sukan Borneo. Ia bukan sahaja memperkasakan bidang kesukanan, tetapi juga mempererat hubungan belia dan membuka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad menzahirkan penghargaan atas sambutan Kerajaan Sarawak dan menyatakan komitmen dengan pelbagai inisiatif yang dibincangkan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.