ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Sarawak catat nilai kerja pembinaan RM4 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak dan Johor masing-masing mencatatkan nilai kerja pembinaan sebanyak RM4 bilion pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata, hampir 60.3 peratus daripada nilai kerja pada suku keempat 2023 tertumpu di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sarawak dan Johor.

“Nilai kerja pembinaan di Selangor berjumlah RM8.6 bilion atau 25.1 peratus, dengan sumbangan terbesar daripada kejuruteraan awam (RM3.5 bilion), diikuti bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman, kedua-duanya bernilai RM2.1 bilion.

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan menduduki tempat kedua dengan jumlah RM4 bilion atau 11.8 peratus, terutamanya dalam aktiviti bangunan bukan kediaman (RM1.5 bilion) dan bangunan kediaman (RM1.4 bilion),” kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Prestasi kerja pembinaan mencapai nilai RM132.2 bilion pada 2023 dengan momentum pertumbuhan positif yang berterusan sebanyak 8.4 peratus selepas pulih pada 2022, dengan pertumbuhan sebanyak 8.8 peratus.

Nilai kerja pembinaan mencecah RM34.1 bilion pada suku keempat 2023, meningkat 6.8 peratus berbanding setahun lalu.

Baca lain  Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas telah disambung

Daripada nilai kerja berjumlah RM34.1 bilion pada suku keempat 2023, sebanyak 41.9 peratus atau bersamaan dengan RM14.3 bilion dicatatkan dalam kejuruteraan awam, terutamanya bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api (RM7.5 bilion) selain pembinaan projek utiliti (RM5.2 bilion).

Beliau berkata, sektor pembinaan terus menunjukkan trajektori positif sehingga mencapai nilai kerja berjumlah RM34.1 bilion pada suku keempat 2023 berbanding RM33.4 bilion pada suku ketiga.

“Peningkatan pada suku ini diperkukuhkan oleh pertumbuhan lebih pesat dalam subsektor kejuruteraan awam yang melonjak sebanyak 18 peratus, manakala subsektor bangunan kediaman dan aktiviti pertukangan khas berkembang pada kadar lebih perlahan masing-masing pada 2.3 peratus dan 0.3 peratus.

“Sebaliknya, subsektor bangunan bukan kediaman mengalami penurunan 1.9 peratus,” katanya.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,