ARTIKEL

Sarawak catat peningkatan kes gigitan haiwan, rabies masih dibimbangi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan kes gigitan haiwan dengan sebanyak 19,444 laporan dan purata 414 kes seminggu setakat 22 November 2025, berbanding sejumlah 18,564 laporan dengan purata 357 kes seminggu pada 2024.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kebanyakan kes gigitan haiwan pada tahun ini melibatkan kucing dengan 62.3 peratus, berbanding 36.5 peratus membabitkan anjing.

“Sebanyak enam kes rabies melibatkan manusia dilaporkan tahun ini, berbanding lapan kes pada 2024. Empat daripada kes tersebut berlaku di Bahagian Kuching dan dua kes di Bahagian Bintulu,

“Secara keseluruhan, sejumlah 89 kes rabies manusia direkodkan di Sarawak sejak 2017,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Tegasnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sentiasa komited mengawal penularan kes rabies manusia melalui kerjasama rapat dengan pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.

Tambahnya, JKNS turut memberi keutamaan terhadap langkah pencegahan, pemantauan dan kawalan bagi penyakit endemik seperti Japanese Encephalitis (JE), tuberkulosis (TB) dan denggi.

“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi menilai tren penyakit, manakala saringan TB serta aktiviti kawalan vektor bagi JE dan denggi turut dijalankan secara berterusan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terus komited dalam melaksanakan program pendidikan serta kesedaran awam berkaitan keselamatan kebakaran.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu, sebanyak 3,685 program kesedaran awam melibatkan 815,137 peserta dilaksanakan di seluruh negeri bagi memperkukuhkan budaya keselamatan kebakaran dalam kalangan rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, aktiviti penguatkuasaan terus menjadi tunjang utama dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan kebakaran di seluruh negeri.

“Sepanjang tahun sebanyak 100 kompaun dikeluarkan dengan 92 daripadanya melibatkan kes penyahaktifan panel penggera kebakaran dan lapan kompaun pelanggaran berkaitan pili bomba.

“Tindakan undang-undang juga diambil terhadap 10 premis, dengan enam didakwa kerana gagal mematuhi notis pembaikan bahaya kebakaran dan empat lagi kerana tidak memiliki Sijil Perakuan Bomba yang diwajibkan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025, JBPM Sarawak menerima sebanyak 7,962 panggilan kecemasan melibatkan 1,867 insiden kebakaran, 6,059 operasi menyelamat dan 33 kes khidmat khas.

“Tindakan pantas serta kecekapan pasukan operasi berjaya menyelamatkan aset bernilai RM314.5 juta.

“Angka ini mencerminkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta komitmen jabatan dalam melindungi nyawa dan harta benda melalui keunggulan respons kecemasan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan