Sarawak cemerlang pertandingan Inovasi Junior

KUCHING: Pasukan dari Sarawak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan Inovasi Junior Kebangsaan 2020 pada Ahad lalu.

Empat daripada enam kedudukan teratas telah dimenangi oleh pasukan Sarawak dalam pertandingan tersebut. SJK (C) Chung Hua tewas tipis kepada pasukan DT Girls Team dari Melaka dan dinobatkan sebagai naib juara.

Manakala, pasukan dari SJK (C) Tjai Kwang Sibu mendapatkan tempat keempat manakala SJK (C) Sacred Heart Sibu dan SJK (C) Hock Lam Kapit memperoleh tempat sagu hati.

Selain itu, pasukan Sarawak yang lain menerima anugerah Emas dan Perak iaitu SJK (C) Hock Lam (Kapit), SK St Francis Xavier (Kanowit), SJK (C) Yee Ting (Kanowit), SK Trusan (Lawas), SJK (C) Chung Hua Sambir (Samarahan), SJK (C) Chuang Hua No.3 (Kuching), SJK (C) Chung Hua No. 4 (Kuching) and SJK (C) Chung Hua No. 5 (Kuching).

Sebanyak 30 pasukan bersaing untuk anugerah emas dan perak kebangsaan sambil berusaha untuk dinobatkan sebagai pasukan satu hingga enam teratas di Malaysia.

Pada pusingan akhir penilaian, murid diberi lima minit untuk membentangkan projek mereka dengan tema “A Game for Change – A Clean and Happy Earth” diikuti dengan sesi soal jawab oleh juri. Panel juri diwakili oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tabungan Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Kementerian Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kluster Sains Pulau Pinang, Vitrox dan Yayasan OSK.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon melalui perutusan video secara prarakaman.

Dalam perutusannya, Hang Soon memuji murid-murid, guru-guru dan ibu bapa atas kesungguhan yang ditunjukkan pada pertandingan tersebut meskipun menghadapi tahun yang mencabar. Beliau turut menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dalam dunia yang bergerak pantas dan cepat berubah.

Hang Soon berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa menyokong dan mengalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada murid-murid. “Pembelajaran sepanjang hayat adalah jalan yang harus ditempuh jika tidak mahu ketinggalan.

“Oleh itu, kita harus mengingatkan diri kita untuk sentiasa memupuk diri kita dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat dari usia awal,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan pertandingan, Penyelaras Pusat Chumbaka Sarawak Haslina Malik berkata, dia berasa kagum dengan standard dan kualiti projek muridmurid untuk Inovasi Junior 2020.

“Lebih mengagumkan, kita melihat banyak sekolah luar bandar di Sarawak mengambil bahagian dalam pertandingan untuk mencipta pengekodan dan teknologi, “ katanya.

Hos kebangsaan pada tahun ini, SEDC bersetuju untuk meneruskan kerjasama mereka dengan semua rakan kongsi untuk menyokong lebih banyak sekolah Sarawak untuk menyertai pertandingan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada mandat mereka untuk membangunkan Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak.

Ketua Inovasi dan Keusahawanan SEDC, Hazwan Razak berkata apa yang dilakukan secara bersama dengan rakan kongsi adalah sesuatu yang penting untuk murid-murid dan pihaknya berharap lebih ramai rakan kongsi dari negeri lain menyertai usaha menyokong pendidikan murid-murid. Bagi sekolah yang berminat untuk menyertai boleh mendaftar di http://bit.ly/jiandyic2021.