ARTIKEL

Poster hebahan mengenai Sarawak Children’s Literature Festival (SCLF) yang akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober ini di Pustaka Negeri Sarawak

Sarawak Children’s Literature Festival pada 5-6 Okt di Pustaka Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA) Kuching akan menganjurkan Sarawak Children’s Literature Festival (SCLF) pada 5 dan 6 Oktober ini.

Pustaka melalui satu kenyataan berkata, SCLF diadakan bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang mengasyikkan, memupuk minat terhadap buku dan pembacaan, serta meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, terdapat kira-kira 12 ruang yang bakal diterokai oleh kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti termasuk bengkel secara praktikal, persembahan muzik dan tarian, sesi bercerita, permainan, gerai jualan dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti ini direka untuk memupuk kreativiti, mengasah bakat, membina kemahiran kanak-kanak dan secara tidak langsung membudayakan ilmu dan pengetahuan.

Festival ini dijadulakan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Pustaka Negeri Sarawak, dan penyertaannya adalah percuma serta terbuka kepada semua kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur.

Pada penganjuran kali ini, SCLF akan melibatkan lebih daripada 50 rakan kerjasama termasuk agensi, syarikat dan organisasi dari pelbagai latar belakang dan ia juga akan menampilkan pencerita dari dalam dan luar negara bagi memupuk minat membaca serta meningkatkan pengalaman peserta.

Orang ramai diingatkan untuk tidak melepaskan peluang menyertai festival ini yang bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya akan menjadi satu pengalaman tidak terlupakan bagi ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir.

-tamat-

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha